Read Me

Kisah Biasa-biasa

Blog ini blog peribadi yang tiada kaitan dengan mana-mana organisasi kerajaan, atau mana-mana parti politik, atau individu berpengaruh mahupun tidak.  Blog ini adalah tempat aku nk menulis segala menda yang aku nk tulis, tempat aku nk letak segala menda yang aku lukis, tempat aku nk letak segala menda yang aku conteng.

Segala apa yang aku letak di blog ini, sama ada tulisan, contengan, lukisan, kutukan, adalah hak peribadi aku melainkan aku nyatakan sebalik nya dan aku berhak seluruh nya ke atas apa yang aku tulis, lukis, conteng dan bla bla bla. Lagi satu, blog ini sangat lah berjiwa separa dewasa yg lebih menjurus kepada kanak-kanak, jadi segala tulisan, contengan, lukisan pon menjurus ke arah itu. Andai ada persamaan tulisan, contengan dan lukisan dengan yang ada di tempat lain, ia adalah kemungkinan yang tidak di sengajakan atau pon diorang yg meniru aku. Hahaha.

Kisah Tak Biasa dan Terlampau

Pagi selasa, kalau xsalah aku, dalam pukul 2 3 pagi, sorang budak laki yg aku boleh kata kan comel lah (kih kih kih) selamat di lahirkan oleh mak dia. Hah, tarikh dia tak boleh lah aku bagi tahu, rahsia. Keluar-keluar dari perot je, terus menangis! (err.tapi mmg semua budak keluar-keluar terus menangis kan?). Maka bergembira lah mak bapak budak tu, pasal nye dapat lagi sorang anak. Kira punya kira, “enam dah anak kita yang!” kata bapak budak tuh. (Aku main reka-reka je ayat tu).

Lepas berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun, besar lah budak tu. Maka nya dia pon masuk lah sekolah rendah. Belajar punya belajar, study ala kadar, campur berkat doa mak bapak dia, dapat la dia keputusan yg bagus waktu UPSR. Abes tu masuk la dia ke sekolah menengah. Mak dia ni beriya-iya nak sekolah kan budak ni sekolah (A). Agak nye dia ni anak yg mendengar cakap, dia pon ikot je lah ape yang mak dia nk.

Abes PMR, dapat lah dia tawaran masuk MRSM. “Hah, kamu dapat MRSM.” Mak dia kabor ke dia waktu borak borak dalam telefon. “Yeke mak? Nak pergi” Mak dia pon jawab balik “Kamu tiga tahun belajar kt sekolah (A), tak macam budak sekolah (A).Kamu duduk situ sampai abes tingkatan 5!”). Maka duduk lah budak tu kt sekolah (A) smpai abes SPM. Keputusan SPM pon keluar, bila tengok keputusan, alamak! hidup segan mati tak mau pulak keputusan nye.haih!

Masuk lah dia ke Uniten. Tak pernah pernah dia buat dek adik beradik dia masuk universiti swasta. Haih. Lepas belajar punya belajar punya belajar, tongang, terbalik, terlentang, dapat lah kerja kt Kota Damansara. Jadi la pereka grafik amatur merangkap kuli.( Kalau ade kerja kosong, bagitau weh). Hah, lepas setahun setengah, budak tuh masih lagi keje kat situ. Biler nk tukar kerja entah. Hah, aku agak korang pon da tau sape budak tu kan? “itulah aku” (baca ikut nada lagu coba oleh faizal tahir!).

Sekian.