Menulis Entri Blog Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi

Thursday, August 26th, 2010

Selepas ini saya akan cuba untuk menulis segala tulisan di blog ini menggunakan Bahasa Melayu yang tidak dicampur aduk dengan bahasa pasar yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Agak sukar untuk menulis dengan menggunakan Bahasa Melayu yang tidak bercampur aduk memandangkan sudah agak lama saya tidak menulis karangan Bahasa Melayu.

Seingat saya, kali terakhir saya menulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi ialah sewaktu saya ditahun pertama pengajian, ketika menjawab soalan akhir semester bagi subjek Pengajian Malaysia.

Kenapa menggunakan Bahasa Melayu Tinggi? Tidak ada jawapannya pada saya andai ditanya kerana secara tiba-tiba terdetik dalam kepala saya untuk mula menulis dengan tidak menggunakan bahasa pasar, atau mungkin juga kerana saya merasakan ia menarik. Bukankah bahasa jiwa bangsa? Barangkali saya telah terkesan dengan kempen lagu Bahasa Jiwa Bangsa yang selalu dimainkan di stesen-stesen telivisyen.

Dalam tidak sedar, mungkin juga akan ada sepatah dua perkataan yang ditulis menggunakan perkataan dari bahasa pasar kerana sudah terbiasa. Akan tetapi, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan sekali gus tidak menggunakan perkataan-perkataan dari bahasa pasar.

Notakaki Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan Bahasa Melayu Tinggi? Adakah saya benar-benar faham dengan Bahasa Melayu? Barangkali saya sekadar menulis kosong di sini? Perkataan “Entri” ini sendiri adalah Bahasa Melayu atau tidak? Hmm

Jalan-Jalan Baazar Iftar Ramadhan

Sunday, August 15th, 2010

Yeah! 1st day puasa aku da berkesempatan pergi jalan-jalan kt baazar. Aku memang pergi baazar semata-mata nak berjalan-jalan dan ambil gambar sahaja. Memang tak ada niat nak beli sebarang makanan. Lagi pun sebelum pergi baazar aku da siap masak dah. Hihih.. Asal bulan ramadhan je, mesti ada baazar. Takde pulak ye orang buat Baazar Rejab ke, tak pun Bazaar Zulkaedah ke. Hihih. Dunia oh dunia. Lolx.

Orang yang datang bazaar, tak payah cakap lah ramainya. Dari segala anak kecil, sampailah kepada datuk nenek, dari yang kaya sampai lah yang meminta-minta. Orang kutip derma pun ada. Nanti da tengah bulan sikit, yang kutip zakat pun pasti akan bukak booth kt baazar. Nanti aku nak cuba pergi sekali lagi untuk tengok apakah makanan yang pelik-pelik yang aku tak pernah jumpa. Asyik-asyik jumpa makanan yang sama je.

Notakaki – Owh. Aku nk pergi tengok bola lah pulak. Menonton bola dengan mengharapkan kekalahan berpihak kepada Chelsea. Lolx.

Imtiaz PD 2010 – The Best Hang Out Ever! Tak Caye? Tanye Diorang! Lolx

Monday, August 9th, 2010

Seperti yang di rancang, Imtiaz PD 2010 berjalan dengan lancar, walaupun hanya sedikit bilangan yang mengambil bahagian. Aku boleh katakan, ini lah “hangout” Imtiaz yang paling best aku pernah ikut. Mandi laut, banana boat, sambut birthday Ecah n Romi, gosip-gosip Makcik Tok Sidek, tazkirah sikit-sikit (hehe), bergambar, main bowling, kejar-kejar dan macam-macamlagi aktiviti yang kitorang buat. Ah, korang semua memang terbaik! Owh! Enjoy je la gambiran yang di ambil kt gallery bawah ni ye. Owh, satu lagi, Selamat menyambut Ramadhan ye korang semua.

Notakaki - Aku nk upload semua gambar tak dapat lah. Jadi aku random pick mane-mane yang berkenan di mata aku. InsyaAllah kita jumpa dua minggu lagi nanti, aku bagi cd gambar kt korang ye. Korang memang best! lah! Tahun depan Sabah hokkay!

A Soopa Doopa Wonderful Monday Ever! Serious? No!

Monday, August 2nd, 2010

Alarm telefon aku berbunyi menyanyikan lagu Doa Pagi 0leh Hijjaz. Aku “Snooze”kan sekejap sebelum bangun siap-siap nak pergi kerja. Aku pun menapak turun tangga menuju ke motorsikal. Lepas cuba banyak kali, motor tak boleh jugak di hidupkan. Aiseh man! Apsal pulak ni? Rupa nya minyak takde. Argh! Titik!

Aku pon menolak motor ke stesen minyak yang kebetulan dalam jarak yg boleh di kira dekat juga la dengan rumah aku. Elok aku parking kt pam minyak, datang sorang brader pekerja stesen minyak dekat aku.

“Bang, minyak takde. Diesel je ade. Dari semalam minyak takde sebab lori tak sampai lagi bang”

“Kejadah nya minyak takde? ko minum ape minyak ni sampai takde?” Aku cakap dalam hati lah. Kalau yang depan dia aku cakap ” La, takde minyak ke? Takpe lah. Nak buat macam mane.” Berbudi bahasa kan aku? Kehkehkeh.

Aku pun tolak motor parking dekat depan kaunter dan cuba menelefon Sabri Alfian nak mintak tolong dia hantar aku ke tempat kerja. Alih-alih orang pulak pulak jawab.

“Perkhidmatan talian telefon anda telah di..Tuut tutt.. tuuttt” Arghh! Betol la rezeki aku hari ni.

Dah jadi satu kerja pulak nak kena menapak dari stesen minyak ke tempat tunggu bas. Dah naik bas, lambat pulak rapid kl ni berjalan. Serius kalau aku tolak motor aku tu pergi stesen minyak lain yg lebih kurang 1KM, isi minyak dan pergi kerja, mmg aku sampai lagi awal dari naik bas. Argh!

Sampai tempat kerja, ade meeting. Dah la tetiba tak ada angin tak ada ribut, boleh pulak director datang join meeting. Aku dengan buat muka tak bersalah masuk je bilik meeting. Lantak lah.

Akak Nak Berniaga ke Tak?

Sebab mood pagi aku dah spoil, aku ingat nk ceriakan separuh hari lagi dengan makan ayam penyet. Sekali setengah jam aku order, tak sampai-sampai. Brader belakang aku ni datang 15 minit lewat dari aku, pun da dapat. Mendidih juga di buat nya.

“Bang, sy order ayam penyet dari td tak dapat-dapat lagi ni bang. Macam mane kira ni bang?”

“Owh, ye ke? Kejap ye. Kejap lagi sampai.”

Kemudian datang lah kakak tu hantar makanan aku. “RM5.50 dik” Sambil aku hulur duit sepuluh.

“Ni ayam penyet ke ape ni?” Pehh.. Ayam goreng biasa jek. Tak sedap! Tempe tak bagi. Sambal sikit.  Hilang selera makan pakcik!

“Kak, akak ni nk berniaga ke tak? Dah la jual ayam penyet bukan ayam penyet. Servis lambat. Tak sedap! Duit baki sy pun akan tak pulang lagi! Ade ke saya cakap keep the change td? Ape la meniaga macam ni. ” Selamba aku tengking kakak tu sambil amek duit baki dan berlalu.

Notakaki - Tapi, aku tengking dalam hati je. Tak sampai hati lah nak tengking-tengking. Lolx

Sekitar Kenduri Azizah Zain Yang Sungguh Mencabar

Saturday, July 24th, 2010

Lama juga aku tak mengemas kini blog ini. Rase macam bersawang pon ada juga. Kali ini entri penuh bergambar dari kenduri kahwin Azizah Md. Zain di Kg. Bukit Rang, Pulau Tawar. Tak banyak gambar pengantin sebab pengantin sibuk melayan orang. Macam biasa lah, gambar kawan-kawan pengantin yang banyak, terutamanya Anis Nadia. Lolx. Dia memang suka bergambar. Gambar yang tercerah tergelap tu mintak mahap la ye. Aku tak berapa nak pandai nak edit. Ok. Layan.

Errr; Sorry. Salah. Ingatkan..

Thursday, July 1st, 2010

Petang tadi hujan agak lebat tak seperti selalu. Biasanya kalau hujan, turunnya di tengah-tengah petang. Tapi hari ini, turunnya lewat petang. Kebetulan pulak waktu aku balik kerja. Alamatnya, terkandaslah aku. Takkan nak tunggu bas dalam hujan lebat pulak kan. Boleh je kalau nak tunggu, tapi nanti basah lencun la pulak aku. Heh.

Hujan dah reda sikit, aku pon menapak pergi tunggu bas. Pehh, lambat pulak bas sampai. ade setengah jam aku menunggu dalam hujan, orang lain yang menunggu semua berpayung kecuali aku. Lepas kehulu kehilir dua tiga tapak sambil berzikir (ok, aku tak berzikir pon) bas pon sampai. Hah, sendiri paham lah kalau dah bas lambat sampai, hujan pulak tu. Sendat sesendatnya.

Aku dapat naik tu pon cukup bersyukur dah, itu pun dapat berdiri kat hujung-hujung tangga bas. Sekali dia lipat maut, mau tercampak keluar aku. Trettt. Loceng berbunyi. Bas pun berhenti dekat-dekat dengan stesyen minyak. Sebagai orang yang duduk di muka pintu bas tu, aku kena turun lah, bagi laluan dan tunggu kat tepi pintu bas tu. Segerombolan orang bangla keluar dari bas beramai-ramai. Tiba-tiba ada orang cuit aku. Sekali aku toleh, bangla tu hulur seringgit kat aku. “What? No, no, i’m not the conductor” Aku cakap kat brader bangla tu. ” Oh, ok, sorry-sorry“. Chiss! punya brader bangla.

Kemudian, bas pun meneruskan perjalanan. Sampai depan Segi College, ada dua orang budak perempuan naik. Aku pun bagi laluan. Takkan nak suruh diorang berdiri kt pintu tu pulak. Waktu ni, pintu bas dah boleh tutup. Jadi aku pon bersandar lah ala kadar dekat pintu bas sambil tundukkan kepala kat lantai. Aku angkat kepala je, budak perempuan dua orang tu hulur duit seringgit. “Oh no! Not again” Aku bercakap dalam hati sambil paling kan muka ke tempat lain. Yang aku dengar lepas tu diorang cakap “Eh, Sorry.. Salah.. Ingatkan.. ” “Ye, ye, aku tau. Korang ingat aku konduktor bas kan?” Aku cakap dalam hati lagi sambil memandang jauh ke luar tingkap bas.

NotakakiKenapa diorang ingat aku konduktor bas eh? Nak kata aku pakai baju t-shirt metrobus, takde pulak. Haiss!

SenyuMan Ragamu The Movie

Saturday, June 5th, 2010

Dalam kesibukan pembikin-pembikin dan pengarah-pengarah filem Hollywood membuat filem superhero, jauh merentasi benua, tidak ketinggalan seorang pengarah muda yang memang tidak berbakat langsung, cuba-cuba membuat filem superhero ( kalau dalam Bahasa Melayu, superhero maksudnya adiwira) yang lain daripada yang lain. Menurut pengarah muda tersebut, beliau ingin mencuba sesuatu yang baru yang lari dari normal (ini tidak bermakna dia tidak normal ya, harus di ingat itu).

Saya berkesempatan menghadiri majlis pra-tonton filem adiwira ciptaan pengarah muda, Karim Kameron yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Siantan. Dapat dilihat sambutan yang diterima sungguh baik dan ramai yang menghadirkan diri, walaupun hampir kesemua yang hadir adalah krew produksi sendiri (meramaikan majlis agak nya). Selepas majlis pra-tonton, di adakan pula sesi soal jawab ringkas yang berkesudahan dengan tidak ada langsung soalan ditanya dek kerana semuanya sibuk berebut-rebut mengambil makanan yang ditaja oleh Bro! Claypot Satu.

Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Akhir Ashaari (dia menukarkan namanya kepada SenyuMan di tengah cerita nanti) yang lahir dalam keluarga yang mempunyai ramai adik beradik dan hidup aman bahagia bersama-sama membesar dan dewasa, lantas merasakan bahawasanya dia perlu menyebarkan mesej keamanan dan kebahagiaan kepada mereka yang sedang bersedih dan tidak gembira. Berlainan dengan adiwira dari barat yang kebanyakannya menentang kejahatan, SenyuMan lakonan Karim Kameron (ya, pengarah filem ini sendiri yang menjadi hero, tidak cukup bajet agaknya) datang membantu mereka yang berada dalam kesedihan dan tidak gembira. Sama ada mereka ditinggalkan kekasih, mereka kehilangan anak kucing kesayangan akibat demam denggi, atau pun mereka yang kecewa kerana gagal dalam ujian SPA, semuanya akan di hiburkan oleh SenyuMan.

Namun, tidak semuanya mampu di gembirakan oleh SenyuMan (berasal dari perkataan Senyum + Man = Lelaki Senyum). SenyuMan berdepan masalah apabila dia tidak dapat memberi kebahagian, kecerian dan kegembiraan kepada teman wanitanya, Rusilawati (lakonan Lisa Suriapagi) yang memang tidak boleh berpisah langsung dengan SenyuMan. Dalam keadaan dilema memilih antara kegembiraan teman wanita dan kebahagian dunia sejagat, SenyuMan diserang oleh sindrom Tiadalagisenyummu yang sangat bahaya bagi dirinya. Mampukah SenyuMan membahagiakan Rusilawati dan dunia sejagat? Berjayakah dia menghalang sindrom Tiadalagisenyummu dari merebak? Jangan lupa saksikan filem SenyuMan Ragamu di mimpi-mimpi anda malam ini (malam-malam lain pun boleh juga).

Notakaki – Seperti Adiwira yang lain, SenyuMan dilengkapi dengan peralatan-peralatan untuk memudahkan kerja-kerja dia seperti Lolipop Kegembiraan yang boleh berubah warna apabila dikemam/dihisap, dan Gula-gula Senyumanmu  Ceria yang boleh menyebabkan mereka yang memakan gula-gula ini ketika sedih dan berduka akan bertukar menjadi gembira dan happily ever after gitu..

Kan Aku Dah Cakap, Jangan! Jangan! Ko Degil Jugak!

Monday, May 24th, 2010

Korang tau baling/tuju tin? Aku panggil baling tin lah ye pasal kecik-kecik dulu aku panggil baling tin, tak panggil tuju tin. Kalau korang tak tau ape itu baling tin atau tak main baling tin, korang mmg tak champion! Hehe, takpe lah. Kalau korang tak tau, ha, kasi tengok gambar kat atas tu. Cara-cara bermain baling tin dan nanti balik kampung bleh main dengan sepupu sepapat korang.

“Ok, kita lat talilat. Sape geng sape” Karim memberikan arahan. Karim, Nuri, Arip, Nora, Suhada, Mamat, Wahid, Atan semua siap-siap sorok tangan nak lat talilat. Nampak nya ade lirik-lirik mata dan soseh-soseh pakatan untuk jadi satu geng. “Ha, jgn nk pakat-pakat ye” Bentak Karim sedikit bengis! Lepas lat talilat, dapat lah geng. Karim, Nora, Mamat dan Suhada satu geng. Geng diorang jalan dulu.

Disebabkan Karim ni ketua kumpulan, dia pon amek selipar dan siap-siap nk baling tin yg da di susun rapi. Mata di kenyitkan sebelah konon-konon nk target baik punya “Kalau jatuh satu tin ni, mmg power lah” Bisik Karim dalam hati. Baru je nk baling, dia ternampak penutup tin dumex kt tepi susunan tin berdepan dengan dia. “Korang, aku nk baling pakai tutup tin ni lah, lg ringan. Mesti kena tin yang atas tu je” Karim membuat pengumuman.

“Ko jangan Karim, bahaya lah. Nnti kena orang” Mamat menegur. “Ah, takpe, aku terer. Jangan risau” Karim membalas dengan bongkak. Karim pon kenyit-kenyit mata sambil target kt tin yg paling atas. “Swooosshhh” Karim melempar penutup tin ke aran tin yg bersusun. “Baik punya target kali ni” Bisik Karim lagi.

“Adoiii.. Huwa huwa huwa huwa” Arip menangis. Bukan tin yang kena baling ngan Karim, tapi mata kiri Arip. “Kan Aku Dah Cakap, Jangan! Jangan! Ko Degil Jugak!” Marah Mamat. Ini betul punya baling tin ni!! Karim lepas tu terus lari balik rumah. Seminggu lebih jgk dia xberani nk keluar rumah dan main baling tin. Tunggu punya tunggu, takde pulak mak bapak Arip datang repeat kt rumah dia. Fuuhh! Selamat!

NotakakiArip, kalau ko ade terbaca blog ni, sorry ye aku rembat mata ko dengna penutup tin. Huwa huwa. Tak sengaja doh! Huhuhu..

Mari Berkenalan Dengan Karim Kicasso

Wednesday, May 19th, 2010

Karim Kicasso

Merupakan seorang pereka grafik amatur yang yang baru berkecimpung dan masih mencari identiti aliran seni nya di samping belajar mengaut, mengorek, mencangkul ilmu-ilmu untuk melembutkan tangan supaya dia boleh melukis ( sebelum ni dia lukis pakai kaki pasal tangan dia keras! ok. joke!* kehkehkeh). Tak banyak yang dapat di ceritakan tentang Karim Kicasso ni,  sehingga hari ini, tak ramai yang tahu siapa Karim Kicasso yang sebenarnya. Ok, kat bawah ni ialah serba sedikit profil diri dia.

Nama Sebenar : Dirahsiakan dari bacaan umum atas permintaan Karim Kicasso

Nama Samaran : Karim Kicasso

Tarikh Lahir : 07 Syawal 1405H

Tempat Lahir : Hospital Bandar Pusat

Hobi : Mengadap komputer, main internet, melukis (ok, sebenarnye bukan melukis, ia lebih kepada menconteng)

Minat Lukis dan conteng, tangkap gambar, dengar muzik, makan free, hadiah free, segala menda yang free, pasukan bola sepak arsenal, animasi 3d, hiasan dalaman, memasak, senibina, eh banyak lah lagi

Tiba-tiba Karim Kicasso bangun dan mintak sesi temubual di hentikan sekejap sebab dia cakap dia nk pergi tandas. Sehinggalah entri ini siap di tulis malam tadi jam 1 pagi, Karim Kicasso masih tak keluar lagi dari tandas. Makanya, tidak banyak yang berkaitan dengan profil diri Karim Kicasso dapat dikongsikan disini.

NotakakiSesiapa yang nak menghubungi Karim Kicasso, boleh lah berbuat demikian melalui aku, sebab aku sorang je kenal Karim Kicasso ni. Lol


A Tale Of Two Kung Pao Master (Not So).. OK!

Monday, May 17th, 2010
Poster promo!

Promo - Haiyya Sifooo

Cerita yang mengisahkan perjalanan dua orang sifu dalam sukan separa bela diri yang di bintangi oleh dua orang pendatang baru dalam industri perfileman tempatan, Bobo Lee (sebagai Sifu Aah) dan Rock Min (sebagai Sifu Yyooh). Mereka berlumba mencari siapakah di antara mereka yang mampu mencari jumlah anak murid paling ramai dalam masa 13 hari setengah dengan peruntukan bajet yang sedikit tanpa bantuan kewangan dari mana-mana agensi kerajaan ataupun institusi kewangan.

Siapa yang berjaya mendapatkan anak murid terbanyak akan mendapat pakej bulan madu ke Pulai Santorini dan peluang berlakon watak tambahan dalam filem romantik komedi muzikal Papa Pian! Siapakah yang akan menang? Jangan lupa utk saksikan di dalam mimpi-mimpi anda (Kalau anda bermimpi lah). Lol