Siti Mawar binti Ngah Lazim

Tuesday, May 25th, 2010

Langkah pulang Siti Mawar (aku nk letak nama Siti Murni, tapi mcm name pemberita TV1 je, tak best pulak) petang itu usai mengajar kelas Bahasa Melayu untuk kaum dewasa sedikit longlai. Mungkin kerana penat melayan telatah murid-murid yang sudah berpangkat pakcik dan makcik agaknya. Sebaik melalui titi kayu melintasi anak Sungai Pinang, terasa seolah-olah langkahnya diekori. Perlahan rentak jalannya, perlahan rentak yg mengekorinya. Laju rentak larinya, laju pula rentak lari yang mengekorinya. Siti Mawar berhenti dan berpaling;

Jauh bekelana anak petani;
Hitam badan dek terik cahaya;
Dari sana sampai ke sini;
Mengapa tuan ekori saya?

Sedikit kaget si teruna yang dari tadi mengekori Siti Mawar. Sangkanya si gadis itu tidak menyedari langkahnya diekori oleh dia. Lantas;

Mudik ke hulu membawa permata;
Permata dibawa untuk bertapa;
Berkurung biru sungguh jelita;
Tumpang tanya namanya siapa?

Berjalan alpa seorang diri;
Pergi ke kuala mebeli serama;
Muncul tanpa salam diberi,
Mengapa pula bertanya nama?

Sedikit marah gaya balasan dari Siti Mawar kepada si pemuda dek kerana (aku dah tak tau dah nk sambung ayat ni macam mane, kalau biar tergantung je bleh?) Ok kot? Hahaha. Ok. Sambung pantun sikit lagi;

Angguh berseri gadis jelita;
Di bawah cahaya cantik wajahnya;
Salam diberi, maaf dipinta;
Bolehkah saya tumpang bertanya;

Ok, aku dah tak tau nak merepek ape dah. Serius payah nk mengarang pantun + membuat jalan cerita. Haiss. Kering dah otak aku perah, bahasa nya tetap tak cantik, senikata nya tetap tak menarik. Ada sape-sape boleh ajar aku buat pantun? Huwahuwahuwa. Lain kali lah aku siapkan pantun dan jalan cerita nya. Yang dulu dan sebelumnya pun aku tak siapkan lagi.  Haha, bengong! Dah, jom tido!

Pantun Cinta Anak Muda Remaja Indie Lah Kononnya Hai… Kononnya!

Wednesday, January 20th, 2010

Lengang lenggok gaya jalan nya hai adik jelita,     (Pheewiitt wit wit)
Sungguh elok di pandang mata berbudi pekerti,     (Begitu sekali?)
Kali pertama bertentang mata nan bertetang mata,     (Err, mcm juling sebelah je)
Gelora rasa menghempas hati oh menghempas hati.      (Dupdap! Dupdap! Fuiyyoh!)

Adik jelita mengapa jalan tidak berteman seorang diri,      (Eh, temankan, jangan tak teman)
Bukan apa, takut-takut nanti disergah penyamun dan perompak,      (Eee, takut nya!)
Mulanya bicara dengan meyapa malu hai saudari oh saudari,      (Alah, malu konon!)
Hah! sudah nya sampai kesudah tak habis berborak hai berborak. (Hah, itu lah dia..)

Hitam manis yang hitam manis adik jelita rupanya si anak mami, (Haii, makan nasik kandaq la kita)
Mari lah duduk supaya kita boleh bergurau dan bercerita,      (Amboii, bukan main lagi)
Hari berganti hari cinta yg mekar kian bersemi hai kian bersemi, (Ya ka tu?)
berjanji setia menggenggam teguh azimat cinta oh azimat cinta,      (Alamak haii! Siap janji-janji)

Errr..nnti lah aku sambung lagi pantun nih, nak siap-siap nk balik rumah pulak, kang terlepas bas pulak. Lagi pon takde idea dah nk merepek. Hahah!