Tengah buat kerja tadi tiba-tiba aku terdengar lagu ni kt Era. Dan entah macam mane pulak aku yang super duper jarang dengar Era, tiba-tiba dengar Era hari ini. Banyak la pulak tiba-tibanya. Hahahah. Tapi, layan pulak lagu ni kan. Hahah. Neway, enjoy! Kalau korang tak layan ini lagu, tak payah enjoy. Hahaha. Eh, Bobo. Karok jom! Tiba-tiba rasa nk karok lagu ni. Hahahaha!
Aku Tak Jiwang OK! Hehehe;
Tuesday, May 25th, 2010Siti Mawar binti Ngah Lazim
Tuesday, May 25th, 2010Langkah pulang Siti Mawar (aku nk letak nama Siti Murni, tapi mcm name pemberita TV1 je, tak best pulak) petang itu usai mengajar kelas Bahasa Melayu untuk kaum dewasa sedikit longlai. Mungkin kerana penat melayan telatah murid-murid yang sudah berpangkat pakcik dan makcik agaknya. Sebaik melalui titi kayu melintasi anak Sungai Pinang, terasa seolah-olah langkahnya diekori. Perlahan rentak jalannya, perlahan rentak yg mengekorinya. Laju rentak larinya, laju pula rentak lari yang mengekorinya. Siti Mawar berhenti dan berpaling;
Jauh bekelana anak petani;
Hitam badan dek terik cahaya;
Dari sana sampai ke sini;
Mengapa tuan ekori saya?
Sedikit kaget si teruna yang dari tadi mengekori Siti Mawar. Sangkanya si gadis itu tidak menyedari langkahnya diekori oleh dia. Lantas;
Mudik ke hulu membawa permata;
Permata dibawa untuk bertapa;
Berkurung biru sungguh jelita;
Tumpang tanya namanya siapa?
Berjalan alpa seorang diri;
Pergi ke kuala mebeli serama;
Muncul tanpa salam diberi,
Mengapa pula bertanya nama?
Sedikit marah gaya balasan dari Siti Mawar kepada si pemuda dek kerana (aku dah tak tau dah nk sambung ayat ni macam mane, kalau biar tergantung je bleh?) Ok kot? Hahaha. Ok. Sambung pantun sikit lagi;
Angguh berseri gadis jelita;
Di bawah cahaya cantik wajahnya;
Salam diberi, maaf dipinta;
Bolehkah saya tumpang bertanya;
Ok, aku dah tak tau nak merepek ape dah. Serius payah nk mengarang pantun + membuat jalan cerita. Haiss. Kering dah otak aku perah, bahasa nya tetap tak cantik, senikata nya tetap tak menarik. Ada sape-sape boleh ajar aku buat pantun? Huwahuwahuwa. Lain kali lah aku siapkan pantun dan jalan cerita nya. Yang dulu dan sebelumnya pun aku tak siapkan lagi. Haha, bengong! Dah, jom tido!
Tengok-tengok Siapa Di Belakang Anda, Jaga-jaga Cik Salmah! – Bosan Series #1
Friday, May 21st, 2010Mari Berkenalan Dengan Karim Kicasso
Wednesday, May 19th, 2010Merupakan seorang pereka grafik amatur yang yang baru berkecimpung dan masih mencari identiti aliran seni nya di samping belajar mengaut, mengorek, mencangkul ilmu-ilmu untuk melembutkan tangan supaya dia boleh melukis ( sebelum ni dia lukis pakai kaki pasal tangan dia keras! ok. joke!* kehkehkeh). Tak banyak yang dapat di ceritakan tentang Karim Kicasso ni, sehingga hari ini, tak ramai yang tahu siapa Karim Kicasso yang sebenarnya. Ok, kat bawah ni ialah serba sedikit profil diri dia.
Nama Sebenar : Dirahsiakan dari bacaan umum atas permintaan Karim Kicasso
Nama Samaran : Karim Kicasso
Tarikh Lahir : 07 Syawal 1405H
Tempat Lahir : Hospital Bandar Pusat
Hobi : Mengadap komputer, main internet, melukis (ok, sebenarnye bukan melukis, ia lebih kepada menconteng)
Minat : Lukis dan conteng, tangkap gambar, dengar muzik, makan free, hadiah free, segala menda yang free, pasukan bola sepak arsenal, animasi 3d, hiasan dalaman, memasak, senibina, eh banyak lah lagi
Tiba-tiba Karim Kicasso bangun dan mintak sesi temubual di hentikan sekejap sebab dia cakap dia nk pergi tandas. Sehinggalah entri ini siap di tulis malam tadi jam 1 pagi, Karim Kicasso masih tak keluar lagi dari tandas. Makanya, tidak banyak yang berkaitan dengan profil diri Karim Kicasso dapat dikongsikan disini.
Notakaki – Sesiapa yang nak menghubungi Karim Kicasso, boleh lah berbuat demikian melalui aku, sebab aku sorang je kenal Karim Kicasso ni. Lol
A Tale Of Two Kung Pao Master (Not So).. OK!
Monday, May 17th, 2010Cerita yang mengisahkan perjalanan dua orang sifu dalam sukan separa bela diri yang di bintangi oleh dua orang pendatang baru dalam industri perfileman tempatan, Bobo Lee (sebagai Sifu Aah) dan Rock Min (sebagai Sifu Yyooh). Mereka berlumba mencari siapakah di antara mereka yang mampu mencari jumlah anak murid paling ramai dalam masa 13 hari setengah dengan peruntukan bajet yang sedikit tanpa bantuan kewangan dari mana-mana agensi kerajaan ataupun institusi kewangan.
Siapa yang berjaya mendapatkan anak murid terbanyak akan mendapat pakej bulan madu ke Pulai Santorini dan peluang berlakon watak tambahan dalam filem romantik komedi muzikal Papa Pian! Siapakah yang akan menang? Jangan lupa utk saksikan di dalam mimpi-mimpi anda (Kalau anda bermimpi lah). Lol
Cara-cara Membuat Tauhu Sumbat Oleh Chef Karim
Monday, May 17th, 2010
Apabila anda memakai earphone jenis sumbat dalam telinga, tidak kira ia datang dari jenama dan negara mana sekali pun, ia pasti datang bersama kebaikan dan keburukan. Mari kita lihat apakah kebaikan dan keburukan yang di pakejkan bersama earphone sumbat telinga.
Err. Aku gabung je lah kebaikan dan keburukan nye. Malas lah nk asing-asing kan. Korang da besar, pandai-pandai lah pilih mana baik buruk. Jangan korang kata berjudi tuh satu kebaikan dah lah! (err, ape kaitan nye dengan menda yg aku nk cerita ni? lol)
1. Anda dapat mendengar muzik tanpa ada bunyi bising yang datang dari luar, sbb lubang telinga anda telah di tutup sepenuh nya dan dapat mendengar bunyi bass yang sungguh mantap! (kalau korang beli yg mahal sket lah, kalau murah, hampeh bass xsedap langsung!)
2. Boleh mendatangkan sheikh ketika melayan lagu-lagu berentak batuan keras. Pasti orang sekeliling korang berasa pelik melihat tingkah laku korang yang terhangguk-hangguk macam orang gile! lol. Bukan setakat sheikh je, kalau korang layan lagu jiwang, pasti lentok!
3. Boleh menyebabkan korang kehilangan deria pendengaran sedikit demi sedikit apabila volume yang di pasang melebihi kemampuan yang Allah ciptakan utk telinga korang. (Tapi kalau pasang slow, takde feel la pulak kan? lol)
4. Boleh menyebabkan rakan-rakan opis bengang sebab telepon korang berbunyi dengan kuat dan korang buat tak tahu je sambil terhangguk-hangguk. Naseb baik la ringtone korang sedap di dengar, kalau tak, mau jugak kena lempar telepon tu.
Err, waktu mula-mula nk tulis tadi, aku rase banyak yg aku nk tulis. Tapi bila da mula menulis, hilang da senarai yang aku nk tulis ni. Pandai-pandai la korang tambah dan pikir sendiri menda kebaikan dan keburukan nya kalau korang rajin.
Notakaki – Tolong jangan pakai menda alah ni ketika korang kene leter ngn mak korang, atau pon ketika meeting dengan bos atau pon ketika melintas jalan atau pon dan lain-lain lagi yang sewaktu dengan nya. Oh, btw, sonic gear earpump 2 aku sungguh sedap sekali bunyi yang dihasilkan nya. Rockmin, jangan lupa beli satu nanti ye! Hahahaha! Eh, Tauhu mane tauhu?
Ironman Berpindah Ke Malaysia?
Thursday, May 6th, 2010Tahukah anda bahawasanya hero besi yang baru-baru ini sedang meng-show off kan diri nya di pawagam di sekeliling negara (sekeliling? lol) telah bersara? Dan dia telah menyerahkan pakaian besi dia kepada seorang lelaki yang masih tidak dapat di pastikan siapa gerangan nya? Dengar-dengar nama Ironman tu dah tak digunakan lagi. Dah tukar nama. Lol. Ah, mari kita teka siapakan lelaki itu?
Apsal kejap sangat ironman lawan si penjahat Ivan tu eh? hampeh betol. Kena belasah sikit-sikit lepas tuh terus mati. Adey! Spoil sungguh! Baik korang tgk yang download je. Lol. Tapi kool doh Tony Stark. LOL.
Eh, Engkau Pernah Bercakap Dengan Keyboard?
Monday, March 29th, 2010Kisah Cinta Engkau Dan Aku
Siang itu di kota kuala lumpur mempertemukan engkau dan dia,
Di celah-celah ombak lautan manusia yang tak tahu panas dan sesak,
Engkau lihat dia bersama kawan-kawan nya,
Mengekek-ngekek ketawa buat engkau serba tak kena,
Nak kena tanya ke dari mana dan hendak kemana, Konon-konon sebagai pembuka bicara.
Ahh, kalau tak di sapa, bila lagi kan ada peluangnya?
Nak tak nak, kena beranikan diri jugak berkata “Hai saudari, apakah gerangan nama diberi hendak ke mana di bawah panas tengah hari ni?” tanpa berhenti,
Tercungap-cungap juga lah nafas di tambah debar-debar yang dari tadi tak berhenti,
Naseb kau memang menjadi dan nombor telefon pon bertukar ganti.
Dua tiga minggu ni engkau sibuk bercerita tentang dia,
Dialah buah hati pengarang jantung,
Dialah madu penawar segala racun,
Hari-hari pun yang engkau borak-borakkan semuanya tentang dia,
Eh engkau tak bosan ke asyik bercerita pasal dia je?
Tadi engkau berborak lagi bercerita tentang dia,
OK.OK. Stop.. Sekarang ni kisah cinta siapa sekarang ni? Aku dan engkau atau pon engkau dan dia? Mungkin aku yang patut tukar tajuk kat atas tu? Atau aku patut berhenti merepek?
Arghh!! Banyak betul kerja nk kena buat kt opish ni!!
Aku Lihat Dia
Wednesday, January 13th, 2010Hari itu aku lihat dia
Anggun berseri wajah nya
Sopan santun sungguh mempersona
Riak senyuman penuh manja
Hari itu aku lihat dia
Bersama baju biru kesukaan nya
Mengatur langkah bagai juwita
Damai rasa di pandangan mata
Hari itu aku lihat dia
Tetap di sana penuh setia
Ibarat menunggu bulan jatuh ke riba
Tertanya-tanya apakah akan tiba
Hari ini aku masih melihat dia
Senyuman manja sudah tiada
Wajah di sulami seribu duka
Apakah ini mala petaka
Aku pun tak tahu aku nak tulis apa
Merepek-repek malam-malam buta
Hoiii naim bawak-bawak tidur la
Esok nak kena bangun pergi kerja daa…
Kah kah kah.. Gila!
naimmarsidi,
1:21 AM, 13 Januari 2010,
Gugusan Dahlia.








