A Soopa Doopa Wonderful Monday Ever! Serious? No!

Monday, August 2nd, 2010

Alarm telefon aku berbunyi menyanyikan lagu Doa Pagi 0leh Hijjaz. Aku “Snooze”kan sekejap sebelum bangun siap-siap nak pergi kerja. Aku pun menapak turun tangga menuju ke motorsikal. Lepas cuba banyak kali, motor tak boleh jugak di hidupkan. Aiseh man! Apsal pulak ni? Rupa nya minyak takde. Argh! Titik!

Aku pon menolak motor ke stesen minyak yang kebetulan dalam jarak yg boleh di kira dekat juga la dengan rumah aku. Elok aku parking kt pam minyak, datang sorang brader pekerja stesen minyak dekat aku.

“Bang, minyak takde. Diesel je ade. Dari semalam minyak takde sebab lori tak sampai lagi bang”

“Kejadah nya minyak takde? ko minum ape minyak ni sampai takde?” Aku cakap dalam hati lah. Kalau yang depan dia aku cakap ” La, takde minyak ke? Takpe lah. Nak buat macam mane.” Berbudi bahasa kan aku? Kehkehkeh.

Aku pun tolak motor parking dekat depan kaunter dan cuba menelefon Sabri Alfian nak mintak tolong dia hantar aku ke tempat kerja. Alih-alih orang pulak pulak jawab.

“Perkhidmatan talian telefon anda telah di..Tuut tutt.. tuuttt” Arghh! Betol la rezeki aku hari ni.

Dah jadi satu kerja pulak nak kena menapak dari stesen minyak ke tempat tunggu bas. Dah naik bas, lambat pulak rapid kl ni berjalan. Serius kalau aku tolak motor aku tu pergi stesen minyak lain yg lebih kurang 1KM, isi minyak dan pergi kerja, mmg aku sampai lagi awal dari naik bas. Argh!

Sampai tempat kerja, ade meeting. Dah la tetiba tak ada angin tak ada ribut, boleh pulak director datang join meeting. Aku dengan buat muka tak bersalah masuk je bilik meeting. Lantak lah.

Akak Nak Berniaga ke Tak?

Sebab mood pagi aku dah spoil, aku ingat nk ceriakan separuh hari lagi dengan makan ayam penyet. Sekali setengah jam aku order, tak sampai-sampai. Brader belakang aku ni datang 15 minit lewat dari aku, pun da dapat. Mendidih juga di buat nya.

“Bang, sy order ayam penyet dari td tak dapat-dapat lagi ni bang. Macam mane kira ni bang?”

“Owh, ye ke? Kejap ye. Kejap lagi sampai.”

Kemudian datang lah kakak tu hantar makanan aku. “RM5.50 dik” Sambil aku hulur duit sepuluh.

“Ni ayam penyet ke ape ni?” Pehh.. Ayam goreng biasa jek. Tak sedap! Tempe tak bagi. Sambal sikit.  Hilang selera makan pakcik!

“Kak, akak ni nk berniaga ke tak? Dah la jual ayam penyet bukan ayam penyet. Servis lambat. Tak sedap! Duit baki sy pun akan tak pulang lagi! Ade ke saya cakap keep the change td? Ape la meniaga macam ni. ” Selamba aku tengking kakak tu sambil amek duit baki dan berlalu.

Notakaki - Tapi, aku tengking dalam hati je. Tak sampai hati lah nak tengking-tengking. Lolx

Errr; Sorry. Salah. Ingatkan..

Thursday, July 1st, 2010

Petang tadi hujan agak lebat tak seperti selalu. Biasanya kalau hujan, turunnya di tengah-tengah petang. Tapi hari ini, turunnya lewat petang. Kebetulan pulak waktu aku balik kerja. Alamatnya, terkandaslah aku. Takkan nak tunggu bas dalam hujan lebat pulak kan. Boleh je kalau nak tunggu, tapi nanti basah lencun la pulak aku. Heh.

Hujan dah reda sikit, aku pon menapak pergi tunggu bas. Pehh, lambat pulak bas sampai. ade setengah jam aku menunggu dalam hujan, orang lain yang menunggu semua berpayung kecuali aku. Lepas kehulu kehilir dua tiga tapak sambil berzikir (ok, aku tak berzikir pon) bas pon sampai. Hah, sendiri paham lah kalau dah bas lambat sampai, hujan pulak tu. Sendat sesendatnya.

Aku dapat naik tu pon cukup bersyukur dah, itu pun dapat berdiri kat hujung-hujung tangga bas. Sekali dia lipat maut, mau tercampak keluar aku. Trettt. Loceng berbunyi. Bas pun berhenti dekat-dekat dengan stesyen minyak. Sebagai orang yang duduk di muka pintu bas tu, aku kena turun lah, bagi laluan dan tunggu kat tepi pintu bas tu. Segerombolan orang bangla keluar dari bas beramai-ramai. Tiba-tiba ada orang cuit aku. Sekali aku toleh, bangla tu hulur seringgit kat aku. “What? No, no, i’m not the conductor” Aku cakap kat brader bangla tu. ” Oh, ok, sorry-sorry“. Chiss! punya brader bangla.

Kemudian, bas pun meneruskan perjalanan. Sampai depan Segi College, ada dua orang budak perempuan naik. Aku pun bagi laluan. Takkan nak suruh diorang berdiri kt pintu tu pulak. Waktu ni, pintu bas dah boleh tutup. Jadi aku pon bersandar lah ala kadar dekat pintu bas sambil tundukkan kepala kat lantai. Aku angkat kepala je, budak perempuan dua orang tu hulur duit seringgit. “Oh no! Not again” Aku bercakap dalam hati sambil paling kan muka ke tempat lain. Yang aku dengar lepas tu diorang cakap “Eh, Sorry.. Salah.. Ingatkan.. ” “Ye, ye, aku tau. Korang ingat aku konduktor bas kan?” Aku cakap dalam hati lagi sambil memandang jauh ke luar tingkap bas.

NotakakiKenapa diorang ingat aku konduktor bas eh? Nak kata aku pakai baju t-shirt metrobus, takde pulak. Haiss!

Aku Tak Jiwang OK! Hehehe;

Tuesday, May 25th, 2010

Tengah buat kerja tadi tiba-tiba aku terdengar lagu ni kt Era. Dan entah macam mane pulak aku yang super duper jarang dengar Era, tiba-tiba dengar Era hari ini. Banyak la pulak tiba-tibanya. Hahahah. Tapi, layan pulak lagu ni kan. Hahah. Neway, enjoy! Kalau korang tak layan ini lagu, tak payah enjoy. Hahaha. Eh, Bobo. Karok jom! Tiba-tiba rasa nk karok lagu ni. Hahahaha!

Kan Aku Dah Cakap, Jangan! Jangan! Ko Degil Jugak!

Monday, May 24th, 2010

Korang tau baling/tuju tin? Aku panggil baling tin lah ye pasal kecik-kecik dulu aku panggil baling tin, tak panggil tuju tin. Kalau korang tak tau ape itu baling tin atau tak main baling tin, korang mmg tak champion! Hehe, takpe lah. Kalau korang tak tau, ha, kasi tengok gambar kat atas tu. Cara-cara bermain baling tin dan nanti balik kampung bleh main dengan sepupu sepapat korang.

“Ok, kita lat talilat. Sape geng sape” Karim memberikan arahan. Karim, Nuri, Arip, Nora, Suhada, Mamat, Wahid, Atan semua siap-siap sorok tangan nak lat talilat. Nampak nya ade lirik-lirik mata dan soseh-soseh pakatan untuk jadi satu geng. “Ha, jgn nk pakat-pakat ye” Bentak Karim sedikit bengis! Lepas lat talilat, dapat lah geng. Karim, Nora, Mamat dan Suhada satu geng. Geng diorang jalan dulu.

Disebabkan Karim ni ketua kumpulan, dia pon amek selipar dan siap-siap nk baling tin yg da di susun rapi. Mata di kenyitkan sebelah konon-konon nk target baik punya “Kalau jatuh satu tin ni, mmg power lah” Bisik Karim dalam hati. Baru je nk baling, dia ternampak penutup tin dumex kt tepi susunan tin berdepan dengan dia. “Korang, aku nk baling pakai tutup tin ni lah, lg ringan. Mesti kena tin yang atas tu je” Karim membuat pengumuman.

“Ko jangan Karim, bahaya lah. Nnti kena orang” Mamat menegur. “Ah, takpe, aku terer. Jangan risau” Karim membalas dengan bongkak. Karim pon kenyit-kenyit mata sambil target kt tin yg paling atas. “Swooosshhh” Karim melempar penutup tin ke aran tin yg bersusun. “Baik punya target kali ni” Bisik Karim lagi.

“Adoiii.. Huwa huwa huwa huwa” Arip menangis. Bukan tin yang kena baling ngan Karim, tapi mata kiri Arip. “Kan Aku Dah Cakap, Jangan! Jangan! Ko Degil Jugak!” Marah Mamat. Ini betul punya baling tin ni!! Karim lepas tu terus lari balik rumah. Seminggu lebih jgk dia xberani nk keluar rumah dan main baling tin. Tunggu punya tunggu, takde pulak mak bapak Arip datang repeat kt rumah dia. Fuuhh! Selamat!

NotakakiArip, kalau ko ade terbaca blog ni, sorry ye aku rembat mata ko dengna penutup tin. Huwa huwa. Tak sengaja doh! Huhuhu..

Tengok-tengok Siapa Di Belakang Anda, Jaga-jaga Cik Salmah! – Bosan Series #1

Friday, May 21st, 2010

Bosan! Huwarghhh!!

Saya Telah Menjadi Ahli Kumpulan Muzik Spring

Thursday, May 20th, 2010

Menurut sumber yang diperoleh oleh Makcik Wikipedia, melalui artikel yang di sumbangkan oleh, tidak dapat dipastikan siapa (mungkin Ameng Spring kot ), Kumpulan Spring merupakan antara kumpulan yang popular pada zaman hujung 80-an dan awal 90-an dengan lagu-lagu hit mereka antaranya bourgenvila (betul ke eja camtu?) , sampai hati, spring ku spring mu jua (ok, yang ni aku reka-reka je) dan lain-lain lagi. Akan tetapi, aku bukan lah nak menulis pasal diorang. Mengarut je menulis pasal diorang. Kihkihkih.

Korang pernah dengar pasal formspring.me? Aku tak sure menda ni sesuatu yang baru atau ia dah lapuk dan aku sangat ketinggalan zaman, sampai lah dua minggu lepas baru aku tau. Malas pulak aku nak bertanya kepada Pakcik Google. Menurut pemerhatian dan pembacaan secara rawak, Formspring.me ini ialah satu website dimana korang (ye, engkau, engkau dan engkau yang sedang membaca ape yg aku tulis ni) berinteraksi dan bertanya soalan kepada aku. Korang boleh bertanya segala macam soalan dengan menaip kan soalan di ruangan yang di berikan dan nanti kan sahaja jawapan dari aku. Kalau aku jawab tipu, makna nye korang kena tipu lah. Kehkehkeh.

Antara menda lain yang korang boleh buat dekat Formspring.me ni ialah korang boleh follow sape-sape yang korang nak follow. Taip nama dan tekan butang search untuk mencari sesiapa pon yang korang nak carik. Yang menarik nya, korang boleh search by Facebook dan Twitter dan tak payah la berteka teki “apa la nama mamat ni, minah tu pakai kat sini ye”. Lepas korang follow sapa-sapa yang korang nk follow, korang boleh lah membaca ape soalan-soalan dari orang lain. Err, lain-lain korang explore lah sendiri. Bukan aku formspring.me bagi aku royalti pon cerita lebih-lebih kt sini.

NotakakiAku baru create account formspring dua minggu lepas. Kot la ada sapa-sapa stalker ke, peminat ke, nk tau pasal aku (giler perasan ko bai! Kahkahkah) sila lah klik di sini. Rase macam artis plak orang tanye-tanye soalan, lepas tu aku jawab. Lol

Mari Berkenalan Dengan Karim Kicasso

Wednesday, May 19th, 2010

Karim Kicasso

Merupakan seorang pereka grafik amatur yang yang baru berkecimpung dan masih mencari identiti aliran seni nya di samping belajar mengaut, mengorek, mencangkul ilmu-ilmu untuk melembutkan tangan supaya dia boleh melukis ( sebelum ni dia lukis pakai kaki pasal tangan dia keras! ok. joke!* kehkehkeh). Tak banyak yang dapat di ceritakan tentang Karim Kicasso ni,  sehingga hari ini, tak ramai yang tahu siapa Karim Kicasso yang sebenarnya. Ok, kat bawah ni ialah serba sedikit profil diri dia.

Nama Sebenar : Dirahsiakan dari bacaan umum atas permintaan Karim Kicasso

Nama Samaran : Karim Kicasso

Tarikh Lahir : 07 Syawal 1405H

Tempat Lahir : Hospital Bandar Pusat

Hobi : Mengadap komputer, main internet, melukis (ok, sebenarnye bukan melukis, ia lebih kepada menconteng)

Minat Lukis dan conteng, tangkap gambar, dengar muzik, makan free, hadiah free, segala menda yang free, pasukan bola sepak arsenal, animasi 3d, hiasan dalaman, memasak, senibina, eh banyak lah lagi

Tiba-tiba Karim Kicasso bangun dan mintak sesi temubual di hentikan sekejap sebab dia cakap dia nk pergi tandas. Sehinggalah entri ini siap di tulis malam tadi jam 1 pagi, Karim Kicasso masih tak keluar lagi dari tandas. Makanya, tidak banyak yang berkaitan dengan profil diri Karim Kicasso dapat dikongsikan disini.

NotakakiSesiapa yang nak menghubungi Karim Kicasso, boleh lah berbuat demikian melalui aku, sebab aku sorang je kenal Karim Kicasso ni. Lol


Cerita Rumah Kami.. Ohh.. Cerita Rumah Kami.. Ahahh Yo! Lol

Wednesday, May 5th, 2010

Lukisan rumah kami. Lol

Poyo Lah Lu Tulis-tulis Blog ni!

Tuesday, May 4th, 2010

Eh, kenape lu tulis blog hah?” tanya seorang rakan yang tak berapa nak baik sangat. (ok, sebenar nya gua memang tak baik pun dengan dia,so?) “Err, saje je gua nk menulis. Kadang-kadang gua rase bosan tak tau nk buat apa, gua rasa nk share sesuatu, gua tulis la blog. Apsal?” Gua bertanya balik setelah menjawab dengan panjang tak berapa nak lebar. “Tak de ape. Saje je gua tanye. Gua rase mcm poyo je tulis-tulis blog ni. Orang tulis blog, lu pon nak tulis blog” Sedikit memerli ayat dia. Errr?

Jap, yang gua nak kutuk-kutuk orang tulis blog ni kenape? Ade diorang pakai laptop gua ke tulis blog diorang?  Ade diorang pakai internet lu ke tulis blog diorang? Ade diorang suruh lu tulis blog diorang ke? Huh.. Siyes gua tak puas hati ni” Gua bersuara dengan nada yang agak tinggi jugak tapi masih dalam keadaan yang terkawal. “Err, takde pon. Gua mane ade laptop, internet lagi la takde.” Balas kawan gua. “Dah, lagi mau kutuk-kutuk orang tulis blog lah itu lah. Ape hal lu nak carik pasal?” Pehh, tiga suku mendidih darah gua. Kalau ikut darjah celcius tu dalam 75 darjah celcius jugak lah.

Ah. Takde, bagi gua orang yang tulis blog ni semua poyo! Mengada-ngada. Saja nak mencarik publisiti murahan.” Ok, kali ni darah gua dah sampai 1oo darjah celcius! Gua tak sedar apa yang jadi lepas tu. Seingat gua lepas minda gua kembali normal, kawan gua tu patah gigi dua batang dan WiMAX gua dah pecah. Mungkin member gua hayun gigi sendiri pakai WiMAX gua kot.

Notakaki Weii. Lantak diorang la nk tulis blog ke, nk buat blog lepas tu tak tulis ke, buat blog pastu post sebaris-sebaris ke. Itu diorang punya pasal lah! Lu sibuk-sibuk ape hal? Lain la kalau dia maki lu dalam blog dia ke. Boleh la lu nk maki balik!  Dah? Hee..OK. Aku ade tipu sikit ini cerita. Takde la sampai aku nk hayun member sendiri kan, walaupun tak berapa nak member. Kehkehkeh.Lol. Ok, selamat menulis blog dengan senyuman.

Lain Pulak Lauk Ko Hari Ni

Monday, May 3rd, 2010

Seperti kebiasaan hari-hari yang sebelum ini, aku akan singgah di Gerai Nasik Lemak EON. Kenapa EON, sebab makcik ngn pakcik tu bukak gerai dekat dengan EON Bank. Sebenarnya kedai dia lebih dekat dengan Kedai Tayar Bridgestone. Tapi mcm tak sedap je panggil Nasik Lemak Bridgestone. Lol. Sampai kat gerai orang ramai. Aku pon amek kerusi duduk tepi van Pakcik. Sebab aku boleh dikatakan sebagai pelanggan tetap, makcik tu mesti tanya nk makan apa kalau aku datang walaupun ade orang lain datang awal dari aku.

“Ha dik, nasik lemak lauk apa” Makcik bertanya.

“Takpelah makcik, bagi la kakak ni dulu” Sambil mulut aku muncung menunjuk ke arah kakak yg datang awal sikit dari aku.

“OK” balas Makcik dengan bersahaja.

Dia pun amek daun pisang, letak atas kertas, letak nasik, telur, timun, sambal dan kerang. Dah siap bungkus, dia bagi aku.

“Dua ringgit dik. Tadi nak lauk kerang kan? Lain pulak lauk ko hari ni?” Makcik tu berkata dekat aku.

Nasik lemak kerang yang tak di undang

Ehh? aku ada cakap ke aku nk order nasik lemak kerang? Makcik ni biar betul? Hah! Takpe lah makcik. Kerang pun kerang lah, walaupun aku mmg tak suka makan kerang.